Terkini

Jom gegar program Teh Hijau Kuala Lumpur, Meriahnya Aidilfitri anjuran DBKL Sabtu ini!

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersempena program Teh Hijau Kuala Lumpur bakal mengadakan Rumah Terbuka Teh: Meriahnya Aidilfitri bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dari pukul 12 tengahari hingga 3 petang pada Sabtu.

Antara aktiviti yang akan diadakan adalah seperti pameran reruai anjuran DBKL, Pusat Pungutan Zakat, Jabatan Pendaftaran Negara, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Tabung Haji, Bomba dan Eco Wash.

Turut diadakan, Jualan Rahmah, Jualan AgroMADANI, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Karaoke Raya, Pertandingan Busana Aidilfitri, Pertandingan Menganyam Ketupat, Pertandingan Solekan Aidilfitri, Pertandingan Menghias Pulut Kuning dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang lain.

Orang ramai dialu-alukan untuk datang lebih awal kerana terdapat pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan seawal pukul 9.00 pagi.

Jadi jangan lupa datang Sabtu nanti, banyak makanan yang menarik dan sedap sediakan untuk anda semua.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top