Kita biasa mendengar pelbagai tips kesihatan dan pantang larang yang mungkin tidak masuk akal tapi amat berguna di dalam membantu mengekalkan tahap kesihatan luaran dan dalaman serta mampu menstabilkan emosi sesetengah pesakit.
Berikut adalah di antara tips kesihatan yang pelik tapi boleh membantu:
Teruskan Membaca- Gunakan kubikel tandas yang paling hampir dengan pintu masuk
Menurut satu kajian adalah didapati kubikel terdekat dengan pintu masuk paling jarang digunakan dan dengan itu ianya mengandungi peratusan bakteria yang lebih rendah berbanding kubikel yang lain. Selepas selesai ‘urusan’ berdiri sebelum flush kerana apabila flush berlaku wap air halus yang mengandungi bakteria akan terlepas ke udara dan boleh menjangkiti anggota badan yang sensitive
- Garu anggota badan yang lain
Bagi anggota badan yang disimen atau yang menggunakan cast, kegatalan memang tidak dapat dielakkan dan paling meresahkan apabila kegatalan itu tidak dapat digaru. Anda boleh menipu otak anda dengan menggaru di tempat yang sama di tangan atau kaki yang satu lagi.
- Turunkan suhu badan yang tinggi dengan cepat
Ada yang menyarankan untuk minum lebih banyak cecair bila demam tetapi bagi merawat suhu badan yang tinggi akibat demam bolehlah mencuba tips ini iaitu dengan meletakkan ais pek di bawah ketiak atau berdekatan pangkal peha. Ianya memang tidak selesa tetapi berkesan.
- Hidu epal hijau untuk pengidap klaustrophobik
Apabila anda berada di dalam situasi klaustrophobik, ambil epal hijau dan hidu. Menurut kajian yang dilakukan oleh Dr. Alan Hirsh (pakar kesihatan manusia) bau dari epal hijau mampu memberikan ketenangan serta meredakan kegelisahan
- Elakkan sabun anti bacteria
Menurut American Medical Association, tiada keperluan untuk menggunakan sabun anti bakteria memandangkan tiada bukti yang menunjukkan sabun anti bakteria bertindak lebih baik di dalam menghalang dan mengurangkan infeksi kuman. Malah turut dipercayai sabun anti bakteria hanya menjadikan bakteria lebih kuat dan rentan
- Madu untuk membasmi kuman
Satu kajian telah membuktikan bahawa madu mempunyai unsur-unsur antibakteria dan mampu membasmi jangkitan bakteria di luka ringan. Anda hanya perlu sapu madu di tempat luka dan balut luka.
- Lada hitam sebagai ubat anti radang, anti bakteri dan anti septik
Sekiranya jari anda terluka semasa memotong di dapur, ada satu cara untuk menghentikan pendarahan dan juga mampu membasmi kuman. Cara terbaik ialah dengan menaburkan serbuk lada hitam ke tempat luka. Ianya tidak memeritkan. Basuh terlebih dahulu luka, keringkan, taburkan serbuk lada hitam. Jika perlu boleh dibalut. Dalam masa yang singkat pendarahan akan berhenti.
- Rapikan misai anda
Kepada anda yang menyimpan misai dan mempunyai alergi, pastikan anda merapi misai anda sekerap yang mungkin. Proses merapi terdiri dari membasahkan, mengering dan menyikat misai anda. Merapi ini penting bagi mengurangkan hama, debu serta debunga yang terperangkap di misai seterusnya mengurangkan simptom alergi.
- Pelihara haiwan kesayangan
Banyak kajian menunjukkan dengan membela haiwan kesayangan seperti kucing dan anjing akan membantu mengurangkan kadar risiko serangan jantung dan strok. Aktiviti membelai dan menepuk haiwan ini membantu pesakit rasa lebih tenang, mengurangkan kegelisahan dan seterusnya mengawal tekanan darah.
- Ketagihan merokok
Sekiranya anda mengalami masalah ketagihan merokok, tips terbaik untuk mengurangkan ketagihan adalah dengan menggosokkan jari telunjuk dengan ibu jari atau gosokkan kedua-dua belah tangan. Ini akan memberikan ketenangan dan membuatkan tangan anda sentiasa sibuk.
- Menghilangkan sedu
Apabila anda mula tersedu, ambil satu sudu teh gula putih mentah kerana ia dikatakan memberi kesan kepada saraf dalam diafragma anda menyebabkan ia menghentikan kekejangan. Ini tidak bermakna bahawa anda perlu mempunyai gula sepanjang masa sebagai penawar untuk menghilangkan sedu.
12. Kopi untuk kulit yang cantik
Jika anda mempunyai selulit di bahagian badan anda, gunakan serbuk kopi sebagai skrub badan. Ini kerana kafein akan merangsang sel-sel kulit dan menggunakannya sebagai skrub lantas menyingkirkan mana-mana kulit mati yang cuba menghodohkan kulit anda.
Sumber dari : Men’s Health (fb)
Disediakan oleh,
Norida Barudin
Pusat Satelit ISN Terengganu
Baca juga: