Terkini

Cinta Rasulullah terhadap umatnya terserlah dalam peristiwa Israk Mikraj, 5 fakta yang perlu diketahui

PERISTIWA Israk dan Mikraj adalah peristiwa yang penting dalam sejarah Rasulullah SAW yang wajib diimani oleh umat Islam berdasarkan bukti dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Israk adalah perjalanan Rasulullah SAW pada waktu malam dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Al-Aqsa di Palestin. Manakala, Mikraj pula adalah perjalanan Baginda dari langit pertama sehingga ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah SWT.

Keistimewaan perjalanan Rasulullah SAW sebelum naik ke langit, Jibril yang menjemput dan membawa Baginda ke telaga Zamzam untuk mencuci hati Nabi dari segala kotoran zahir dan batin diisi dengan iman, yakin dan hikmah serta ilmu.

Baca juga: Selain Israk Mikraj, berikut 7 tarikh penting dalam kalendar Islam

Berikut merupakan antara 5 fakta menarik ketika malam Israk Mikraj berlaku dan terserlah sifat cinta dan kesabaran Nabi Muhammad SAW terhadap umatnya:

1. Peristiwa Israk Mikraj adalah perjalanan nyata

Peristiwa Israk Mikraj merupakan perjalanan serta pengalaman Rasulullah SAW yang benar-benar berlaku dan bukan hanya secara rohani atau mimpi Baginda.

Dalam peristiwa ini, Rasulullah mendapatkan perintah secara langsung tanpa pengantara dalam suruhan mengerjakan solat lima waktu.

Ini adalah bukti bahawa peristiwa Israk Mikraj berbeza dengan penurunan wahyu-wahyu Allah yang lain. Di samping itu, Baginda menceritakan kepada para sahabat dengan ingatan yang sangat jelas.

2. Pensyariatan solat pada malam Israk Mikraj

Pada awalnya Allah SWT telah memerintahkan solat didirikan sebanyak 50 waktu, namun Rasulullah SAW memohon agar dikurangkan kerana mengasihani umatnya yang tidak mampu melunaskan waktu solat yang begitu banyak.

Usaha yang tidak putus Rasulullah yang memikirkan kemampuan umatnya sehinggalah perintah solat menjadi lima waktu sehari semalam seperti hari ini.

Perintah itu adalah secara langsung diberikan oleh Allah kepadas Baginda tanpa peranatara yang berlaku di Sidratul Muntaha.

3. Tanda Kekuasaan Allah SWT

Peristiwa Israk Mikraj merupakan salah satu bukti dan tanda kekuasaan Allah SWT. Allah menunjukkan kekuasaanNya dengan menjadikan sebuah peristiwa yang boleh dianggap ganjil bahkan hal yang lebih hebat daripada itu.

Jelas bahawa Israk Mikraj adalah bertujuan untuk memperlihatkan kekuasanaanNya.

4. Rasulullah SAW melalui 7 peristiwa luar biasa

  1. Rasulullah SAW diperlihatkan balasan bagi merek yang suka mengumpat
  2. Rasulullah SAW tercium haruman kubur Masyitah
  3. Rasulullah SAW melihat Dajjal dalam rupa asal
  4. Rasulullah SAW diperlihatkan balasan kepada mereka yang meninggalkan solat
  5. Rasulullah SAW terdengar telapak kaki bilal di Syurga
  6. Rasulullah SAW melihat Nabi-Nabi dan Umatnya masing-masing
  7. Rasulullah SAW diperlihatkan balasan kepada pendakwah yang tidak beramal dengan apa yang dikatakan

5. Pembersihan hati untuk menghadap Allah SWT

Telah diriwayatkan, sebelum peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah SAW ‘dibedah’ oleh malaikat bagi membersihkan jiwa Baginda dari sifat-sifat buruk seperti was-was.

Baca juga: Istimewa majlis perkahwinan diraja Putera Mateen, Dayang Anisha

Ini memberikan gambaran buat umat Islam bahawa sebelum menghadap Allah SWT dalam menjalankan ibadah, seharusnya membersihkan jiwa dan hati dari segala difat buruk.

Di samping itu, segala amalan ibadat hendaklah disertai dengan niat yang betul dan ikhlas. Allah berfirman bahawa Islam itu bersih, maka, bersihkanlah jiwa raga kerana seshungguhnya tidak akan masuk syurga kecuali orang-rang yang menjaga kebersihan.

Secara kesluruhannya, sebagai umat Islam dan pengikut Nabi Muhammad SAW, haruslah kita jadikan peristiwa ini sebagai pengajaran terutamanya dalam mendirikan solat lima waktu. — KL Viral

Pelbagai

Scroll to Top