SEORANG lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang telah menyamun sebuah kedai runcit yang terletak di Jalan Seroja, Bukit Sentosa Rawang pada Ahad lalu.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus, kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengahari dan suspek memakai kain baju sebagai menutup muka.
Teruskan Membaca“Dalam pada itu, suspek yang meluru masuk ke kedai milik mangsa, telah memecahkan mesin juruwang serta berjaya melarikan wang tunai lebih kurang RM300.
“Kes tersebut juga akan disiasat di bawah Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam masa sama, video suspek menyamun di kedai runcit tersebut turut menjadi tular di sosial media dan rata-rata ramai meninggalkan komen bahawa suspek tersebut bakal ditangkap tidak lama lagi kerana kecekapan polis dalam menjalankan tanggangjawab sangat bagus.
“Sekejap je ni, PDRM memang laju je buat kerja. Lagi dah ada bukti macam ni, PDRM terbaikk,” kata Mohd Nordin.
“Tak berbaloi buat macam ni, hanya dengan RM300 tak pasal-pasal kena tangkap? Sia-sia je, baik cari kerja elok-elok, dapat gaji halal,” kata Fairus Noryazan.
“Kalau macam ni cerita dia, memang sekejap je dapat kesan suspek ni. Polis kita cekap sekarang,” kata Mea Edie.
Baca juga: