KATA-KATA manis seorang lelaki yang berniat mengajak seorang wanita keluar makan tengahari dan memberi wang belanja RM500 ternyata ada udang di sebalik batu.
Tular di aplikasi X menerusi akaun dikenali sebagai skinnybeauties mengutuk tindakan lelaki yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap wanita itu pada Sabtu.
Teruskan MembacaDalam ciapan itu, wanita tersebut dipaksa untuk melakukan seks oral apabila lelaki tersebut secara tiba-tiba membuka zip seluar dan mengeluarkan kemaluannya.
Rata-rata komen menyalahkan wanita tersebut yang secara tiba-tiba keluar dengan lelaki yang tidak dikenali rapat.
Ada juga yang melemparkan gelaran kurang enak terhadap wanita tersebut yang dianggap meroyan kerana tidak mendapat wang RM500.
“Dah tak tahu malu nak acah kena gangguan seksual pulak, cakap jela tak dapat duit,” kata nasz.
“Cerita hari Sabtu, harini (hari ini) baru nak bagitahu? Tak dapat RM500 lepas itu salahkan kena gangguan seksual, sedih la,” kata zackwan996.
Namun ada juga yang menyatakan sokongan terhadap wanita itu dan menasihatinya untuk membuat laporan polis bagi langkah keselamatan.
“Kalau you tak selesa, you buat laporan polis, takut dia kacau lagi,” kata EPaksue31229.
Oleh itu, diharapkan golongan wanita lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga maruah diri agar tidak mudah dibeli dengan kata manis lelaki dan wang ringgit. — KL Viral
Baca juga: