RIADAH berbasikal kian mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Rata-rata masyarakat memilih sukan berbasikal ini sebagai hobi baharu dan untuk bersenam.
Ada yang mengayuh basikal di sekitar kawasan perumahan, dan ada juga yang melakukan aktiviti ni di lebuh raya atau jalan raya yang besar.
Teruskan MembacaDi kawasan kampung, aktiviti berbasikal mungkin tidak menjadi masalah kerana kurangnya kesesakan lalu lintas berbanding kawasan bandar.
Dengan kesesakan lalu lintas di sekitar Lembah Klang, ada ke lokasi yang sesuai buat penduduk di sini?
Berikut adalah senarai lokasi riadah berbasikal yang patut anda kunjungi:
1.Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Terletak betul-betul di tengah-tengah Kuala Lumpur, Taman Tasik Titiwangsa adalah satu lokasi yang sangat sesuai buat aktiviti berbasikal.
Trek larian di sini turut mempunyai laluan khas untuk basikal. Tidak cukup dengan itu, lokasi ini turut menyediakan servis menyewa basikal buat mereka yang mahu menyewa!
2. Taman Metropolitan, Kepong
Boleh dikatakan sama seperti Taman Tasik Titiwangsa, Taman Metropolitan turut mempunyai laluan berbasikal yang disediakan khas buat pengunjung. Taman berkeluasan 95 hektar ini mempunyai sebuah tasik yang indah, dan turut sesuai buat aktiviti riadah bersama keluarga.
4) Taman Saujana Hijau, Putrajaya
Taman Saujana Hijau terletak di Prescint 11, Putrajaya. Lokasi ini sememangnya indah dengan kehijauan dan berkonsepkan Eropah.
Seperti taman yang lain, trek di sini terbahagi kepada dua iaitu laluan pejalan kaki dan basikal.
Laluannya yang berbukit membolehkan anda mengayuh basikal dengan cabaran sambil menikmati pemandangan di sini.
5) Taman Botani Negara, Shah Alam (Bukit Cherakah)
Taman Botani Negara ini dikenali sebagai Bukit Cherakah. Taman ini meliputi kawasan seluas 1,295 hektar dan sangat sesuai buat mereka yang mahu melakukan aktiviti berbasikal.
Difahamkan, pihak taman ada menyediakan kemudahan menyewa basikal pada harga yang berpatutan.
6) Taman Pudu Ulu, Kuala Lumpur
Tidak ramai yang tahu tentang kewujudan Taman Pudu Ulu. Terletak betul-betul sebelum Plaza Tol Loke Yew, Taman Pudu Ulu adalah satu lokasi yang anda wajib singgah kerana keluasan lokasinya dan kemudahan yang banyak.
Taman Pudu Ulu turut menyediakan kolam mandi buat kanak-kanak.
Diingatkan kepada semua yang minat dengan sukan berbasikal untuk setiasa berwaspada dan peka dengan keadaan sekililing.