JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bakal menganjurkan JAWI Run untuk tahun kedua pada 18 Ogos depan bertempat di Dataran Wawasan, Putrajaya bermula pukul 4 pagi.
Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana JAWI RUN 2024 yang diadakan pada Selasa, menyatakan sasaran seramai 20,000 peserta yang akan menyertai acara larian tersebut.
Teruskan Membaca“Mereka yang disasarkan terdiri daripada masyarakat sekitar Wilayah Persekutuan, anak-anak kariah masjid dan surau, pelancong asing dan sebagainya tanpa mengira bangsa dan agama.
“Ia merupakan inisiatif JAWI dengan konsep akal yang cerdas daripada tubuh badan yang cergas di samping memupuk semangat perpaduan ummah selaras dengan gagasan Malaysia Madani,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh JAWI.

Lebih menarik lagi, pelbagai program telah disusun sepanjang tempoh acara bagi memeriahkan dan menjayakan JAWI Run 2024.
Tidak seperti edisi sebelumnya, JAWI Run edisi 2024 akan memperkenalkan larian jarak baru termasuk half marathon sejauh 21 kilometer (km), dan lumba lari sejauh 10km.
Bagi kategori fun run pula, peserta boleh menyertai jarak 5km atau 3km yang dibuka penyertaannya buat seluruh rakyat Malaysia.
Selain itu, terdapat juga kategori terbuka (open) yang akan membariskan pelari-pelari terkenal tanah air dan juga luar negara.
Dalam pada itu, JAWI turut menasihati orang ramai yang ingin menyertai acara larian tersebut untuk mengenakan pakaian yang sesuai demi menjaga tatatertib.
Baca juga: