KUALA LUMPUR: “Malaysia bukan sekadar tuan rumah. Malaysia pemacu sejarah!”
Begitulah kata-kata yang kini bergema di media sosial selepas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), berjaya memimpin gabungan mega ASEAN-GCC-China dalam sidang kemuncak bersejarah hari ini.
Teruskan MembacaGabungan tiga kuasa ekonomi ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China kini mencatat nilai gabungan ekonomi hampir USD25 trilion dengan lebih dua bilion populasi.
Ia bukan sekadar angka, tetapi satu perisytiharan bahawa blok serantau ini kini superpower ekonomi yang mampu mencorak masa depan dunia!
Malaysia di tengah pentas dunia!
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, PMX memainkan peranan penting dalam memperkenalkan sidang kemuncak tiga hala pertama seumpamanya, sekaligus memperkukuh kerjasama dalam pelaburan, perdagangan, pembangunan mampan, dan pendigitalan.
Netizen memuji langkah PMX sebagai “visionary”, “game-changer”, dan “pemimpin kelas dunia”.
> “Anwar bukan sekadar PM Malaysia. Beliau kini suara Asia di pentas global.” – ciapan pengguna @AsiaPulse
Malaysia bukan lagi penonton, tetapi pengarah pentas dunia.
PMX membuktikan bahawa perpaduan dan kerjasama strategik antara rantau mampu menjadi kuasa besar baharu, bukan saja untuk Asia Tenggara, tetapi untuk dunia.
















