BINTANG Hollywood, Jennifer Lopez memfailkan perceraian terhadap Ben Affleck setelah usia pernikahan mereka mencecah 2 tahun.
Lopez dan Affleck berkahwin di Las Vegas pada 16 Julai 2022 selepas merujuk semula perkahwinan mereka pada 2021.
Teruskan MembacaLopez memberitahu bahawa dia berusaha keras untuk membuat perkahwinan tersebut berfungsi, namun gagal.
Beberapa sumber memberitahu People bahawa Affleck dan Lopez tidak tinggal bersama di Los Angeles sejak Mei lalu.
Pasangan itu secara rasmi berpisah untuk pertama kalinya pada Januari 2004 dan kekal bersahabat dalam beberapa tahun.
Namun, menurut media antarabangsa People, pemuzik dan pengarah pemenang Oscar itu dilihat meluangkan masa bersama pada April 2021.
Kemudian, seorang wakil Lopez mengesahkan bahawa dia dan Affleck bertunang pada April 2022, dan pasangan itu mengadakan perkahwinan mengejut di Las Vegas pada 16 Julai 2022.
Mereka kemudian mengadakan upacara perkahwinan yang lebih besar di kediaman Affleck di Georgia.
Lopez mempunyai cahaya mata kembar, Max dan Emme, 16, hasil perkahwinan dengan Marc Anthony dari 2004 hingga 2014.
Affleck, yang sebelum ini berkahwin dengan Jennifer Garner dari 2005 hingga 2018, berkongsi tiga anak dengan Garner: Violet Anne, 18, Seraphina Rose, 15 dan Samuel, 12.
Ia merupakan perkahwinan keempat untuk Jennifer dan yang kedua buat Ben. — KL Viral
Baca juga: