Isu melibatkan usahawan sensasi Datuk Seri Vida (DSV) dan Iqbal Zulkefli nampaknya kembali hangat, kali ini dengan reaksi tegas daripada anaknya sendiri, Cik B.
Menerusi perkongsian yang tular, Cik B tanpa berselindung meluahkan rasa kurang senang terhadap Iqbal, malah mengakui hanya mendengar nama lelaki itu pun sudah membuatkan dia rasa ‘serabut’.
Teruskan MembacaDifahamkan, kenyataan itu timbul selepas Iqbal ada menyentuh tentang penampilan DSV, termasuk isu bulu mata yang dianggap tidak perlu dipersoalkan.
Bagi Cik B, soal penampilan adalah hak peribadi ibunya dan tidak sepatutnya dijadikan bahan teguran, apatah lagi di ruang terbuka.
Apa yang lebih mencuri perhatian, Cik B dengan tegas menyatakan dia tidak akan membenarkan ibunya kembali menjalinkan hubungan dengan Iqbal.
Menurutnya, jika seseorang itu benar-benar ikhlas, mereka sepatutnya menerima pasangan seadanya, bukan cuba mengubah penampilan atau gaya hidup.
Dalam masa sama, Cik B turut menyifatkan tindakan Iqbal sebagai cubaan untuk meraih perhatian netizen, sekali gus menambah lagi ketegangan dalam isu ini.
Sebelum ini, Iqbal pernah berkongsi pandangannya yang lebih menyukai imej DSV yang dahulu, yang disifatkan lebih sederhana berbanding sekarang.
Apa pun, nampaknya kali ini Cik B berdiri teguh mempertahankan ibunya.
















