PEMIMPIN pembangkang Korea Selatan, Lee Jae-Myung dari Parti Demokrat telah diserang lalu ditikam oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika sedang mengadakan sesi lawatan di Busan.
Menurut agensi berita tempatan, Yonhap mengesahkan Jae-Myung ditikam di leher selepas melakukan lawatan kerja pembianaan lapangan terbang.
Teruskan Membaca“Sejurus insiden itu berlaku, individu tersebut terus ditangkap di tempat kejadian,” jelasnya.
Difahamkan, siasatan mengenai motif suspek berbuat demikian masih dijalankan.
Terdapat juga dakwaan kononnya kejadian itu berlaku disebabkan mangsa terkait dengan aktiviti rasuah.
Sementara itu, Jae-Myung masih berada dalam keadaan sedar ketika dikejarkan ke hospital selepas 20 minit kejadian itu berlaku.
Kini, Jae-Myung telah selesai menjalani pembedahan dan masih di bawah pantauan pihak perubatan.
Sebelum ini, Jae-Myung pernah bertanding sebagai jawatan Presiden pada tahun 2022 baimanapun tewas kerana mendapat margin undi yang kecil dalam sejarah politik negara itu.