PELAKON popular Zainurul Razia Mohd Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zara Zya, akhirnya dapat meluncurkan single terbaharu bersama Datuk Seri Alha Alfa yang berjudul Cinta Agung.
Selama hampir 10 tahun menjalinkan persahabatan, mereka ini boleh dikatakan sangat serasi dan saling memahami kisah jatuh bangun antara satu sama lain sepanjang berkecimpung dalam industri hiburan.
Teruskan MembacaMenurut Zara, Alha sentiasa memberi sokongan positif terhadap dirinya. Malah, perkara tersebut membuatkan mereka berasa lebih selesa dan terbuka apabila meluangkan masa bersama.
“Pada mulanya, kami selalu berjumpa di majlis keramaian seperti raya dan sebagainya lalu memilih untuk karaoke bersama jika terdapat kelapangan waktu. Mungkin hasil karya ini adalah sebagai hadiah buat persahabatan kami dan boleh dikongsikan bersama peminat,
“Orang pun ada tanya Zara, bila nak keluar single baru selepas lagu Tiada Dendam (2018), Jadi, ini adalah buah tangan buat mereka. Sejujurnya, Zara terharu bila Datuk ajak bduet dengan dia. Saya terus setuju,” katanya kepada KL VIRAL yang ditemui ketika majlis pelancangan single tersebut di ibu kota pada Khamis.
Pelakon siri drama Melayu, Love You Mr. Arrogant itu turut berkongsi bahawa lagu terbitan Yuka Kharisma itu memberikan kedengran serasi dengan vokal nyanyiannya.
Tambahnya lagi, dia tidak begitu aktif dalam bidang nyanyian akan tetapi permintaan peminat tidak boleh ditolak begitu sahaja, dan dia berasa terharu dengan sokongan yang diterima.
Kendati bukan niat Zara untuk mengikuti trend pelakon seperti Hannah Delisha (Esok Masih Ada, 2017) dan Janna Nick (Mungkin Saja, 2016) mengeluarkan single setelah menempa nama di kaca televisyen.
Bagi Zara, dia hanya mahu berasa lebih dekat dengan peminat melalui projek kolaborasi tersebut.
Untuk info, Zara Zya pernah mengeluarkan lagu single Tiada Dendam pada 2018 sementara menjadikan Tokyo, Jepun sebagai lokasi pengambaranya video muzik. — KL VIRAL
Baca juga: