KEJAYAAN filem Mat Kilau: Kebangitan Pahlawan menjadi pemicu semangat untuk menjadikan karakter pahlawan pejuang negara itu sebagai tokoh utama naskhah layar perak.
Ini dibuktikan apabila rumah produksi Kembara Studio muncul dengan filem baharu bertajuk Pendekar Awang: Darah Indera Gajah yang merupakan kesinambungan kepada Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.
Teruskan MembacaBagaimanapun, tidak dinafikan, filem terbaharu Studio Kembara itu juga menjawab persoalan kepada naskhah Mat Kilau 2 yang akan diterbitkan untuk karya akan datang.
Disebabkan itu, pihaknya berusaha untuk memastikan karya tersebut dapat memberi impak dalam kalangan penonton, penerbit Studio Kembara, Abdul Rahman Md Dali mengetegahkan dua pengarah bagi menghidupkan kisah Pendekar Awang.
“Pemilihan dua pengarah itu meliputi aspek dan bidang tugas yang berbeza bagi memberikan hasil terbaik.
“Bagi menyiapkan filem ini Shaharudin memberi tumpuan kepada pembangunan skrip dan jalan cerita, manakala Saiful Reza pula fokus kepada babak aksi dan koreografi,” katanya kepada KL Viral ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah pada Selasa.
Sementara itu, pelakon Fattah Amin yang memegang watak utama juga berkata, watak Awang yang dibawakan menerima sedikit cabaran lerama perlu bertukar pengarah. Tetapi, setelah mentelaah watak tersebut bapa kepada seorang cahaya mata itu lebih memahami visi yang cuba disampaikan kepada penonton.
“Dari segi corak pengarahan itu sebenarnya sedikit sebanyak memberikan cabaran buat saya, tetapi jika kita seorang pelakon yang komited, kita akan berbincang dan alhamdulillah apa yang dimahukan tercapai bagi semua pihak,” katanya.
Filem itu turut mengangkat peranan wanita dalam perjuangan mempertahankan kedaulatan tanah air dengan menampilkan aktres Nur Fazura sebagai Sayang, bergandingan kepada watak Awang lakonan suaminya, Fattah.
Untuk info, filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah akan ditayangkan bermula 11 Januari dengan menampilkan pelakon Fattah Amin sebagai watak utama di samping aktor lain seperti Wan Hanafi Su, Amir Ahnaf dan Nadhir Nassar.
Sinopsis:
Cerita “Pendekar Awang: Darah Indera Gajah” berkisarkan British mendapat tahu Tok Gajah berhasrat pergi ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan daripada Sultan dan pahlawan Melayu Terengganu. British mengarahkan penangkapan dan penghapusan Tok Gajah dan pengikutnya. Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong dan memastikan Tok Gajah selamat meninggalkan Pahang ke Terengganu. Awang menghadapi pelbagai rintangan dan pertempuran dengan askar British yang diketuai oleh Kapten Syers. Berjayakah Awang menewaskan Kapten Syers kali ini? — KL VIRAL
Baca juga: