APABILA sebut sahaja naskhah layar perak dari negara Thailand, tentu sahaja telahannya pasti genre seram akan menjadi pilihan utama.
Hal ini kerana beberapa karya negara Gajah Putih itu tidak pernah mengecewakan peminat khususnya ‘pemuja’ filem seram.
Teruskan MembacaBegitu juga dengan filem baharu bertajuk Death Whisperer yang berjaya meraih perhatian di negara itu, bakal menghantui penonton di Malaysia pada Januari depan sekali gus menjadi karya seram pertama ditayangkan dalam bentuk IMAX.
Filem arahan Kui Taweewat Wantha manakala Penerbit Eksekutif, Pap Narit Yuwaboon merupakan individu bertanggungjawab di sebalik filem seram, Long Weekend (2013).
Filem Death Whisperer mengisahkan tentang pertemuan mengerikan oleh sebuah keluarga dengan roh syaitan yang merasuk anak perempuan mereka.
Perkara tersebut kemudian mewujudkan kejadian misteri sehingga memaksa ahli keluarga itu mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghentikan kehadiran jahat di kampung mereka.
Filem itu dibintangi oleh Nadech Kugimiya, Mim Rattanawadee Wongthong, Denis Jelilcha Kapaun, Junior Kajbhunditt Jaidee, Friend Peerakrit Phacharaboonyakiat, Nina Nutthatcha Padovan, Fresh Arisara Wongchalee dan Ply Pramer Noiam.
Sinopsis:
Berdasarkan kisah benar yang berlaku di kawasan pedalaman Kanchanaburi, Thailand pada tahu 1972, melibatkan seorang remaja perempuan mati akibat penyakit misteri. Beberapa tahun kemudian, roh syaitan yang jahat itu kembali menghantui sebuah keluarga petani dan merasuk anak perempuan mereka, Yam.
Seorang anak lelaki sulung keluarga tersebut, Yak, terus pulang ke kampung untuk menyelesaikan masalah yang ditimpa oleh keluarganya.
Abangnya, Yak berusaha mencari ahli sihir yang boleh menghalau hantu tersebut sehingga Yak perlu menembak adiknya dengan harapan dapat mengeluarkan roh tersebut daripada tubuhnya. Akan tetapi, roh syaitan tersebut tidak menyerah lalu merasuki semula tubuh adiknya.
Adakah Yak dapat menghalau roh syaitan jahat daripada tubuh Yam?
Jangan lupa saksikan Death Whisperer: A haunting scream will follow you everywhere, di pawagam berdekatan anda pada 4 Januari depan dan merasai pengalaman filem seram Thai pertama bersama IMAX. — KL VIRAL
Baca juga: