PELAKON Uqasha Senrose berang apabila didakwa bertindak kasar terhadap pembantu peribadinya susulan laporan berita yang hangat diperkatakan baru-baru ini.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Uqasha menafikan dakwaan berkenaan, apatah lagi sekarang dia sibuk menguruskan anaknya dan dia tidak tergamak melakukan perbuatan sedemikian.
Teruskan Membaca“Debik (pukul) PA (pembantu peribadi)? Biar betul? Aku di rumah dengan anak saja.
“Ingat aku gengster sangat nak ‘debik’. Aku dengan anak 24 jam, nak pergi ‘debik’ orang dah kenapa,” katanya.
Sebelum ini, tular isu mengenai laporan pembantu peribadi ditahan polis atas dakwaan kesalahan mencuri barangan kemas milik seorang pelakon wanita popular.
Difahamkan, pembantu peribadi itu juga ada membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada Ahad mendakwa dipukul pelakon wanita terbabit.
Menurut sumber, punca pembantu peribadi itu dipukul kerana didakwa mereka-reka cerita rumah tangga pelakon itu sedang bermasalah. — KL Viral
Baca juga: