Sekumpulan pelajar dari Program Linguistik Melayu, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya telah berjaya membangunkan satu aplikasi menarik yang dinamakan KelantanLingo. Aplikasi ini bertujuan untuk memudahkan orang ramai, terutamanya pelajar, belajar dan memahami dialek Kelantan secara lebih mudah dan tersusun.
Menurut hantaran rasmi di Facebook Universiti Malaya (UM), projek inovatif ini telah dipersembahkan sempena Festival Idea Prasiswazah Universiti Malaya, sebuah acara tahunan yang menghimpunkan pelajar tahun akhir untuk mempamerkan hasil Projek Tahun Akhir mereka.
Teruskan MembacaAplikasi KelantanLingo dibangunkan oleh empat pelajar berbakat iaitu Farah Fazlina, Nur Hazirah, Umi Aisyah Amalin, dan Nur Liyana. Mereka berharap aplikasi ini dapat menjadi alat bantu belajar yang berguna untuk sesiapa sahaja yang berminat mengenali keunikan loghat Kelantan.