Terkini

DBKL laksanakan rayuan kompaun secara atas talian

TAHUKAH anda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan modul e-rayuan dalam menilai dan selanjutnya menyelesaikan rayuan-rayuan yang dibuat oleh orang awam ke atas kompaun yang dikeluarkan oleh DBKL secara atas talian sejak 2 April 2024.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, status permohonan sama ada diterima atau ditolak akan dimaklumkan melalui emel kepada perayu atau melalui menu semakan rayuan di portal e-rayuan.

“Sila layari laman web rasmi DBKL www.dbkl.gov.my dan klik di ruangan Perkhidmatan Dalam Talian serta pilih menu e-Rayuan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya pembayaran perlu dibuat dalam tempoh 14 hari daripada tarikh rayuan dipertimbangkan secara atas talian melalui Pay@KL, Pos Malaysia dan PBTPay atau secara fizikal di kaunter-kaunter pembayaran DBKL dengan membawa keputusan rayuan yang telah di emelkan.

Justeru, pihak DBKL mengingatkan orang ramai supaya mengikuti undang-undang yang ditetapakan untuk mengelak dari dikompaun. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top