SATU video telah tular di media sosial apabila seekor kucing telah di ‘tahnik’ oleh sekumpulan lelaki mendapat perhatian ramai.
Video yang berdurasi 24 saat itu memaparkan seorang lelaki memegang seekor kucing, manakala seorang lagi bertindak ibarat memotong bulu di atas kepala kucing tersebut.
Teruskan MembacaKemudian, dipercayai mereka memberikan sedikit kurma kepada kucing tersebut sambil berselawat nabi.
Melihat kepada perkara itu ramai netizen terhibur dengan gelagat mereka yang dilihat seperti melakukan Tahnik.
“Ni dah besar lah untuk tahnik. Orang lain kali amik lah baby kucing,” kata Farah.
“Bila bapak bapak jaga anak, siap dia tahnik sekali kucing tu,” kata Faiz.
“Alhamdulillah selesai tahnik, bagi nama apa kat baby korang tu?,” kata Loki.
“Nampak macam dah boleh jaga anak sendiri, baik kahwin saja semua,” kata Laila.
“Senang cara orang lelaki terhibur, apa diaorang fikir ehh, boleh pulak nak terfikir buat potong jambul kat kucing pulak,” kata Ejo.
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, definisi tahnik adalah membelah mulut bayi dengan buah tamar (kurma) yang dikunyah dan digosokkan ke lelangit bayi, dan sebahagiannya lagi dimasukkan ke dalam perutnya.
Amalan mentahnik adalah sunat di mana ia dilakukan kepada bayi lelaki atau perempuan sebaik sahaja dilahirkan.
Berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik R.A, katanya, “Aku membawa Abdullah bin Abu Talhah al-Ansari RA yang baru lahir menemui Rasulullah SAW pada ketika itu, baginda memakai aba’ah (العباءة) sedang melumurkan untanya dengan minyak.
“Baginda bertanya: “Adakah kamu membawa tamar?” Aku menjawab: “Ada,” lalu aku menyerahkan beberapa biji kepada Baginda. Baginda pun memasukkan beberapa itu ke dalam mulut dan mengunyah-ngunyahnya.
“Kemudian, baginda membuka mulut Abdullah dan memasukkan tamar tersebut. Bayi itu pun menggerak-gerakkan lidah sambil menghisap manisnya. Kemudian, Rasulullah SAW bersabda: “Kesukaan orang Ansar ialah buah tamar. Lalu Baginda menamakannya Abdullah,” riwayat Muslim (2144) dan yang lainnya.
Baca juga: