Terkini

Kongsi video cium pipi, wanita tampil dakwa kekasih gelap Aliff Aziz

NAMA penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan hangat netizen di media sosial susulan pendedahan seorang wanita yang tampil mengaku kekasih kepada aktor itu sejak Januari lalu.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine itu, dia tidak sanggup melihat Aliff dikecam netizen sekaligus mahu menjernihkan keadaan.

“Saya merupakan kekasih kepada Aliff Aziz sejak Januari 2024, memang kedengaran agak mengejutkan tapi itulah kenyataan yang ingin saya jelaskan lebih lanjut.

“Memang apa yang dilakukan Aliff itu salah. Tapi Aliff tidak berhak dituduh berseorangan kerana apa yang saya lihat di media sosial hanya Aliff yang banyak dikecam, dibenci dan dikeji.” jelasnya.

Tambahnya, dia berasa kecewa kerana ‘diduakan’ oleh Aliff. Dalam pada masa yang sama, dia turut mendakwa bahawa pelakon yang diberi nama singkatan ‘NRF’ merupakan dalang membolak-balikkan rumahtangga penyanyi berkenaan.

“Saya baca perbualan mereka dan alangkah terkejutnya saya melihat rancangan NRF untuk membolak-balikkan hati Aliff kepada Bella.” ujarnya. 

Terdahulu, Aliff Aziz telah dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) di kondominium milik pelakon Ruhainies. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top