PENGACARA dan pelakon, Myra Natasya Abdullah, 29 atau lebih dikenali sebagai anak kepada personaliti radio terkenal, Halim Othman mendedahkan bahawa beliau merupakan anak luar nikah menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Ahad.
Menurut Myra, perbuatan bapanya yang menukar maklumat surat beranak miliknya tanpa perbincangan bersama, merupakan punca utama dia mendedahkan perkara tersebut.
Teruskan MembacaDalam pada itu, dia turut menjelaskan, ibu bapanya tidak pernah berkahwin seperti yang dihebahkan tetapi dia memilih untuk mengelirukan pihak media demi menjaga nama baik bapanya.
Sebelum ini, Myra pernah memberitahu kepada pihak media bahawa ibu dan bapanya berkahwin di Thailand pada 1995, dan bercerai pada usianya genap setahun di Thailand.
Namun, kenyataan tersebut hanya rekaan semata-mata.
Rata-rata netizen memberikan pendapat mereka yang berbaur sokongan dalam masa sama, terdapat segelintir warga maya yang menghentam tindakan tersebut atas dasar membuka aib dirinya sendiri.
“Saya setuju. Memudaratkan sebab ianya melibatkan nasab. Kalau diorang ambil ringan dan Halim Othman walikan Myra nikah? Perkara ni boleh je berlaku sebab loophole tu dah ada. Jadi kemarahan dia tu faham je. Apa yang dijelaskan sangat mengejutkan,” kata ShedaOne24.
“Allah SWT telah menutup aib ibu bapa kamu selama 29 tahun. Tapi kamu membuka aib kedua orang tuamu kerana dendam amarah hanya dalam 1 hari ke seluruh negara.”, kata Faizalriduan.
Setakat ini, Halim Othman masih mengunci mulut dan enggan mengulas mengenai isu ini demi menjaga imej anaknya itu.
Baca juga: