Terkini

Loop Music Festival berjaya pukau 7,000 penonton yang hadir

Loop Music Festival yang bertempat di Axiata Arena, pada Sabtu ternyata berjaya pukau peminat yang hadir dengan barisan-barisan penyanyi terkemuka tanah air.

Pembukaan konsert seawal pukul 2.40 petang oleh Arish Mikael ternyata meninggalkan kesan apabila beliau membawakan lagu dari seniman tanah air, Sudirman berjudul Ketenangan Jiwa yang mengajak penonton turut sama menyanyikan lagu dengan penuh perasaan.

Konsert Loop Festival juga membawakan persembahan ‘original’ Naib Juara Anugerah Juara Lagu(AJL) 38, Aisha Retno, yang membawakan lagu Sutera dengan rentak yang sama dibawakan pada persembahan berprestij itu bagi memeriahkan suasana.

Aksi pada sebelah malam pula, kita dapat menyaksikan Dayang Nurfaizah mendendangkan lagu berjudul Seandainya Masih Ada Cinta yang membuat seluruh penonton tergamam dengan keenakan suara yang dimilikinya.

Tidak terhenti disitu, kemeriahan majlis diteruskan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mendendangkan lima buah lagu yang mengamit memori generasi-generasi muda apabila mendengar lagu-lagu malar segar serta menjadi siulan oleh ibu-bapa mereka ketika masih kecil.

“Saya tertanya-tanya bagaimana generasi sekarang mengenali saya? Ada yang mengenali saya dari usia anda 15 tahun?

“Ataupun anda mengenali saya ketika ibu menyanyikan lagu-lagu saya ketika hendak menidurkan anda semua?,” ujarnya kepada penonton-penonton muda yang hadir.

Dalam pada itu, konsert diteruskan dengan persembahan dari Ratu Dangdut, Norazlina Amir Sharipudin atau lebih dikenali sebagai Amelina, berjaya membuat penonton-penonton riang menari bersama.

Konsert Loop diakhiri dengan persembahan memukau Masdo yang berjaya menarik penonton untuk turut sama menyanyi dan menari dengan lagu akhir yang pernah sensasi ketika dahulu bertajuk “Dinda”.

Baca Juga:

Pelbagai

Scroll to Top