Maestro muzik tanah air, Datuk M Nasir, ada satu harapan besar ,nak tengok konsert mega sempena Hari Raya jadi satu budaya tahunan di Malaysia!
M Nasir, atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamed Sam, 67, kongsi harapan itu semasa Konsert Datuk M N46IR Cipta Raya yang berlangsung meriah di Zepp Kuala Lumpur pada malam Ahad.
Teruskan Membaca“Okey rasanya kalau kita kongsikan banyak lagu nostalgia macam malam ini. Konsert ini sangat istimewa.
Konsert anjuran Icon Entertainment tu memang penuh aura, dengan M Nasir mendendangkan lagu-lagu raya ciptaannya sendiri yang kekal jadi siulan dari dulu sampai sekarang.
Antara momen yang buat penonton tersentuh apabila M Nasir bawa lagu-lagu ikonik seperti “Suara Takbir” dan “Selamat Hari Raya” yang asalnya daripada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma.