Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir hampir di seluruh negara, petang ini.
MetMalaysia menerusi Facebook rasminya berkata, antara negeri terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Teruskan Membaca“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).
“Turut terlibat, negeri Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan dan Rompin).
“Sementara di Pulau Pinang pula, cuaca sama dijangka melanda seluruh kawasan,” kata kenyataan itu.
Turut menerima cuaca buruk sama ialah Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor.
“Cuaca buruk turut dijangka berlaku di Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Putrajaya dan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Tidak ketinggalan, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol) dan Johor (Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Selain itu, turut diramalkan mengalami ribut petir adalah Sarawak di Kuching, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
Di Sabah, kawasan terlibat adalah di Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Nabawan), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan).