Seorang pekerja pembersihan menemui mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat dalam lori sampah di kawasan perumahan flat di Bandar Baru, Farli, Air Itam.
Mayat bayi dipercayai baru lahir itu ditemui pemandu lori sampah ketika melakukan kerja-kerja memungut sampah di blok perumahan berkenaan pukul 10 pagi.
Teruskan MembacaDifahamkan, mayat bayi malang itu ditemui dalam keadaan tidak berpakaian mahu pun dibalut dengan kain.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan penemuan mayat bayi itu.
Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.