Infineon Technologies AG (Infineon) mengumumkan rancangan untuk membina kilang di Kulim, Kedah bagi mengeluarkan 0.2 meter fabrikasi kuasa silikon karbida (SiC) terbesar di dunia.
Infineon akan membuat pelaburan tambahan sebanyak $5 bilion euro bersamaan (RM24.5 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datang dalam fasa kedua pembinaan modul tiga.
Teruskan Membaca“Saya mengalu-alukan pengumuman pelaburan daripada Infineon yang telah membuktikan kepercayaan mereka terhadap Malaysia.
“Sejak lima dekad yang Lulu, Infineon telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab penting dalam pembuatan fabrikasi wafer di Kulim, Kedah dan melaksanakan aktiviti pembungkusan semikonduktor cip di Batu Berendam, Melaka”, kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri.
Jelasnya lagi, ia menjadi pelengkap kepada Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu iaitu untuk menarik pelaburan berteknologi tinggi dan bernilai tinggi bagi menyokong ekonomi global dan domestik.
Pengumuman pelaburan tambahan sehingga lima bilion euro (1 euro=RM4.99) oleh Infineon Technologies AG (Infineon) ini selaras dengan gagasan Ekonomi Madani yang menyasarkan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan berada di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia.