KUALA LUMPUR:Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, ada misi besar – nak hasilkan buku panduan khas untuk bantu pegawai dan anggota polis muda!
Apa tujuan buku ni?
Teruskan MembacaSupaya segala ilmu dan pengalaman dari operasi-operasi besar PDRM dulu tak hilang begitu saja, dan paling penting elak kesilapan sama berulang.
“Banyak operasi penting yang sepatutnya dibukukan. Bila ada panduan, anggota baru boleh belajar terus dari pengalaman pegawai lama,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-41 Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa), hari ini.
Ayob Khan cakap, dalam Cawangan Khas (SB) memang dah ada dokumentasi.
Tapi jabatan lain macam JSJ, KDNKA, dan JSJN pun kena buat benda yang sama.
Nak siapkan buku ni bukan kerja mudah kena kumpul banyak maklumat dari pegawai-pegawai senior yang dah pencen.
Tapi beliau yakin, usaha ni berbaloi sebab boleh bantu jimat masa dan tenaga anggota muda dalam operasi nanti.
“Ramai pegawai pencen masih beri pandangan pasal isu undang-undang dan operasi. Saya sendiri guna panduan mereka,” tambahnya lagi.
Dalam masa sama, Ayob Khan pesan kepada ahli Respa update info dalam sistem e-Pesara PDRM. Terutama bab alamat, kesihatan, dan waris. Senang nak salurkan faedah dan ganjaran nanti!
Respect betul dengan usaha Tan Sri Ayob Khan ni. Harap buku ni nanti jadi rujukan ‘legend’ untuk generasi polis yang akan datang!