Bukan sahaja gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah berjumlah RM3,600 malah penyanyi era 90an ini pernah menunjukkan parang semasa pemilik kediaman tampil untuk berbincang.
Menurut pemillk unit kediaman yang mahu dikenali sebagai Liza Mohamad, 46 tahun, notis mengosongkan rumah itu sudah diberikan dan diterima oleh isteri penyanyi terbabit, namun tidak diendahkan dan kekal duduk di rumah tersebut.
Teruskan MembacaBukan itu sahaja, penyanyi itu juga turut didakwa mempunyai tunggakan bil elektrik mencecah RM6,770.
Difahamkan, wanita berkenaan sudah berjumpa dan berkomunikasi melalui telefon bagi membincangkan perkara tersebut dan memintanya keluar dari rumah itu.
“Selepas panggilan dan mesej tidak berjawab, isterinya sekat nombor saya dan permintaan mengosongkan rumah tidak diendahkan kami tiada pilihan lain, perlu bersemuka dengannya.
“Kami terkejut dan bertanya kenapa parang dan dia bagi alasan takut kepada pencuri sedangkan dia tahu saya beri salam tapi dia tak letakkan semula parang itu ke dalam rumah sepanjang setengah jam kami bercakap.
Susulan tindakan individu tersebut, wanita terbabit menyatakan telah membuat laporan polis laporan polis di Balai Polis Daerah Wangsa Maju, Setapak.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah ketika dihubungi mengesahkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Ada laporan diterima berkaitan perkara ini. Pengadu buat laporan kerana takut terjadi apa-apa. Pengadu cuba selesaikan perkara ini secara baik dengan penyewa,” katanya.