Polis menyelamatkan seorang warga asing yang diculik sekumpulan individu selepas dipercayai tidak puas hati berhubung projek yang tidak berjaya diselesaikan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, warga asing terbabit diselamatkan pasukan Bukit Aman dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan IPK Pulau Pinang, minggu ini.
Teruskan MembacaBeliau berkata, mangsa diculik dan dibawa ke Pulau Pinang sebelum berjaya diselamatkan polis. Siasatan mendapati warga asing itu terbabit dalam satu urus niaga di negara ini.
“Siasatan mendapati warga asing itu terbabit satu urusniaga namun ia terbengkalai di tengah jalan menyebabkan ahli keluarganya diculik,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, maklumat lanjut berhubung kejadian itu akan diperincikan oleh Ketua Polis Pulau Pinang dalam satu sidang media, esok.
l