433 mangsa banjir dipindahkan ke PPS

Seramai 433 penduduk Kampung Chinggung yang terletak lebih kurang lima kilometer dari Behrang Ulu di sini ditempatkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 10 malam berikutan banjir kilat yang melanda kampung berkenaan pada Jumaat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Muallim dalam satu kenyataan memaklumkan, PPS dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Chinggong pada jam 7.30 malam itu melibatkan 85 keluarga.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?