Seorang ibu tunggal dan rakan serumah dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di Johor Bharu, atas dua pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak kandungnya, pada Ogos lalu.
Hakim VM Mabel Sheela membuat keputusan itu terhadap wanita terbabit, 27, dan Awiin Chua, 30, selepas ditangguhkan pada 10 Oktober lalu kerana beliau cuti sakit.
Teruskan MembacaMabel Sheela sebak apabila pihak pendakwa membuat penghujahan dan tidak dapat membayangkan penderitaan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang didera dalam tempoh sebulan.
“Mahkamah tidak boleh membayangkan keadaan mangsa jika keadaan berlarutan lebih lama dan tidak dibantu orang awam, pastinya mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dengan sebak.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Diyana Zubir. Manakala kedua tertuduh diwakili Peguam, Nurhazneena Zureen Jaesleen Mohamad Hanafiah.
Dalam penghujahan, Nur Diyana memaklumkan hasil pemeriksaan dilakukan pakar perubatan terdapat lebih 20 kecederaan fizikal pada tubuh mangsa.
Tambahnya, tempoh tertuduh melakukan penderaan terhadap mangsa selama sebulan yang mana kedua-dua tertuduh mempunyai penjagaan terhadap mangsa kerana mangsa tinggal bersama mereka.
“Kekerapan penderaan setiap hari sejak 1 Julai hingga 9 Ogos berdasarkan kepada pengesahan luka lama dan baru serta parut tubuh badan mangsa dalam laporan perubatan.