Bendera Palestin berkibar megah di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Inilah gambaran suasana di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil selepas penyokong Harimau Malaya tampil menyatakan solidariti kepada Palestin yang kini dihimpit konflik perang dengan Israel.
Teruskan MembacaSebelum kehadiran kumpulan Ultras Malaya, ribuan peminat mula membanjiri stadium seawal jam 4 petang dan gelagat ‘Ekor Harimau Malaya’ sebelum aksi Pestabola Merdeka menentang India yang dijadualkan pada jam 9 malam ini jelas menghidupkan suasana.
Lagu ‘Demimu Palestin’ dinyanyikan di dalam stadium. Situasi itu seakan Palestin turut berada dalam Pestabola Merdeka meskipun mereka menarik diri pada saat akhir.
Palestin sepatutnya menjadi antara pasukan yang menyertai Pestabola Merdeka kali ini, namun situasi tegang di negara itu menyebabkan mereka terpaksa menarik diri pada saat akhir.