Semua pengguna lebuh raya akan diberikan pengecualian tol di lebuh raya di seluruh negara pada 23 Disember dan 26 Disember sempena sambutan Krismas, kata Datuk Seri Ahmad Maslan.
Timbalan Menteri Kerja Raya itu membuat pengumuman tersebut pada Khamis.
Teruskan MembacaPengecualian tol diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara, iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.
Pemilihan tarikh pemberian tol percuma berkenaan, yang dipersetujui KKR dan syarikat konsesi bertujuan mengelak penumpuan trafik pada hari perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke bandar. -KL Viral
Baca juga: