Di Mahkamah Majistret, Muhammad Azhari @ Azari Abd Rahman, 55, telah didakwa melakukan pengintaian terhadap Ainaa Kamalia Jamaludin, 31, dengan menghantar mesej di media sosial dan berulang kali pergi ke tempat kerja wanita itu pada pukul 4 petang, 17 September lalu di Awesome TV, Tingkat 18, Menara Bank Rakyat, di sini.
Ainaa Kamalia merupakan pembaca Berita 7.57 stesen berkenaan.
Teruskan MembacaKetika pertuduhan dibacakan, Muhammad Azhari @ Azari Abdul Rahman, 55, oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim, lelaki itu dilihat berulang kali menyatakan dia hanya mahu berjumpa mangsa saja.
“Saya mahu jumpa dia saja,” katanya.
Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.