Status pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas susulan pencemaran bau di empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor, semalam sudah mencapai tahap 99 peratus setakat jam 6 petang tadi.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan berkata, bekalan dijangka pulih sepenuhnya tengah malam ini.
Teruskan Membaca“Kami ingin menyarankan pengguna yang sudah mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih, sebelum digunakan untuk kegunaan harian.
“Pengguna yang mendapat bekalan air diharap akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar,” katanya, di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan empat LRA Sungai Selangor iaitu SSP1, SSP2, SSP3 dan LRA terpaksa dihenti tugas sementara selepas pihak berkuasa mengesan bau seperti diesel.