Pembukaan Lebuhraya SPE: Tol percuma sebulan

Pemandu kenderaan yang melalui tiga plaza tol utama Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) tidak perlu membayar tol masing-masing selama sebulan mulai hari ini, bersempena pembukaan penuh lebuh raya itu.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pemberian tol percuma sehingga 11.59 malam pada 2 Disember itu, membabitkan Plaza Tol Chan Sow Lin, Plaza Tol Ampang dari Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) menuju ke SPE dan Plaza Tol Setiawangsa (arah selatan dan utara).

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?