Jabatan Pendaftaran Negara dan Imigresen sedang disiasat – PM Anwar

JABATAN IMIGRESEN (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terletak di
bawah Kementerian Dalam Negeri sedang disiasat pihak berkuasa berhubung
amalan rasuah dan salah guna kuasa.

PM tegas hapus masalah rasuah di negara ini
Perkara berkenaan didedahkan
oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Perjumpaan Bulanan
Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri, pada Isnin.
Anwar
berkata, beliau menerima menerima maklumat wujudnya unsur salah guna
kuasa di JPN apabila proses untuk mendapatkan sijil warganegara
dikenakan dengan bayaran tertentu oleh mereka yang layak mendapat status
kewarganegaraan.
“Semalam (Ahad) saya terima mungkin masih dalam siasatan di JPN.
“Kita
permudahkan orang yang layak mendapat status kewarganegaraan dan
sebagainya untuk mendapatkan sijil itu dikenakan lagi bayaran. Tapi
jumlahnya terlalu kecil harus ada tindakan yang keras dan tegas, kalau
tidak dia merosakkan seluruh imej pentadbiran,” katanya.
Dalam
masa yang sama beliau berkata, masih ada kelompok kecil dalam JIM yang
selesa dengan amalan lama khususnya perlakuan rasuah.
“Umpamanya
semua kaunter Imigresen berfungsi, maknanya majoriti kakitangan
Imigresen menjalankan tugas dengan baik tetapi seperti mana juga kita
sedar dan sering saya tegaskan ada kumpulan kecil yang masih biasa
dengan sistem dan amalan lama.
“Saya percaya itu bidang kuasa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang harus bertindak.
Selalu kita sebut, kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” tambah
Anwar.
Secara keseluruhannya, Anwar berkata segala kelemahan
sedia ada harus diperbaiki dengan wajar agar ia tidak menjejaskan imej
jabatan, penjawat awam dan negara.
Pada Ahad, Anwar membuat
lawatan mengejut ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
selepas isu kekecohan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri
Tiong King Sing yang mendakwa pegawai JIM mengamalkan rasuah dengan
meminta sejumlah wang daripada pelancong China.
Ekoran itu, beliau memberi jaminan menjalankan siasatan rapi akan dibuat terhadap isu berkenaan.
-AA

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?