Kerajaan peruntuk RM2 juta bantu golongan B40 dapatkan lesen

PROGRAM  MyPSV yang dilancar Kementerian Pengangkutan merupakan usaha membantu
golongan berpendapatan rendah (B40) mendapatkan Lesen Vokasional
Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).

Inisiatif dilancarkan bantu B40
Menterinya Anthony Loke Siew
Fook berkata Kerajaan Perpaduan memperuntuk RM2 juta di bawah inisiatif
Belanjawan Madani 2023 yang akan memanfaatkan 4,000 calon untuk
memperoleh lesen tersebut.
“Ia akan memberi manfaat kepada kepada
4,000 calon merangkumi 3,500 orang untuk lesen PSV e-hailing atau teksi
dan 500 orang untuk lesen PSV bas.
“Peruntukan ini meliputi kos
ujian dan latihan kepada dengan calon dengan kadar RM2,590 untuk setiap
calon PSV bas manakala RM190 untuk setiap calon PSV e-hailing atau
teksi,” katanya pada Majlis Pelancaran Program MyPSV di Batang Kali,
Selangor, semalam.
Turut hadir adalah Menteri Besar Selangor,
Datuk Seri Amirudin Shari, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk
Haris Kasim, Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Selangor, Ng
Sze Han dan Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Rospiagos Taha.
Loke
memaklumkan program itu juga bertujuan meningkat taraf sosioekonomi B40
melalui peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig serta menambah baik
sektor pengangkutan awam negara.
“Kerajaan berharap inisiatif ini dapat membantu golongan B40 yang kini berdepan cabaran ekonomi mendapatkan lesen PSV.
“Namun
terdapat beberapa syarat perlu dipatuhi calon bagi memperoleh lesen di
mana di bawah program MyPSV bas perlu menduduki kursus teori vokasional,
latihan dan ujian praktikal.
“Calon MyPSV e-hailing hanya perlu menduduki kursus teori e-hailing sahaja,” katanya.
Terdahulu,
pada pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar
Ibrahim, mengumumkan bahawa kerajaan menerusi program MyPSV bersetuju
menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing bagi
membantu kumpulan B40, khususnya dalam kalangan belia.

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?