Seramai 1,583 pegawai dan anggota Polis Kontinjen Johor ditugaskan bagi membantu kelancaran proses Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor yang akan berlangsung Sabtu ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, bantuan sumber manusia itu membabitkan lapan pegawai kanan dan 1,575 anggota.
Teruskan Membaca“Penugasan bantuan sumber manusia ini akan berjalan selama lima hari bermula hari ini hingga Isnin depan. Bagi pegawai atau anggota yang tidak disenaraikan dalam semboyan e-siar ini, mereka dikehendaki berada dalam keadaan siap siaga untuk digerakkan pada bila-bila masa tertakluk kepada arahan semasa.
“Penugasan ini untuk memastikan keselamatan di tempat mengundi, lalu lintas dan keselamatan orang ramai sepanjang PRN berlangsung,” katanya dalam ucapan pada Majlis Pelepasan Pergerakan Bantuan Sumber Manusia PRN ke-15 Kontinjen Johor di Ibu pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK).