Anggota trafik ditempatkan di lokasi kemalangan, kesesakan – JSPT

Polis akan menempatkan anggota trafik di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti kerap berlaku kemalangan dan kesesakan di seluruh negara sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu minggu depan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri dalam kenyataan pada Khamis berkata, ia adalah sebagai langkah proaktif jabatan berkenaan bagi memastikan kelancaran aliran trafik yang dijangka bertambah susulan perayaan dan cuti umum.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?