Terkini

Dua rakan ditahan bantu siasatan kes akauntan dibunuh

Dua orang lelaki yang juga rakan terdekat seorang akauntan yang dibunuh dengan kejam di Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, tangkapan tersebut dilakukan di kawasan ibu negara dan Selangor, semalam.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah ‘multiple blunt force trauma’ pada seluruh tubuh badan si mati.

“Setakat ini dua lelaki berusia 25 dan 35 tahun yang juga rakan mangsa ditangkap bagi membantu siasatan. Tempat kejadian pembunuhan serta motif masih belum dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang ditahan telah ditahan reman bermula semalam sehingga Isnin hadapan.

Kelmarin, media melaporkan mayat seorang lelaki tempatan yang juga akauntan ditemui tidak berpakaian di Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru.

Zam Halim dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu kira-kira pukul 6 pagi.

Menurut beliau, hasil siasatan di lokasi, kita menjumpai mayat lelaki dalam keadaan tidak berpakaian serta berkedudukan meniarap di tepi jalan selain mayat tersebut didapati mengalami beberapa kecederaan di badan.

Tambah beliau, semasa mayat dijumpai tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai bersama atau berhampiran si mati.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif pembunuhan masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top