DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan DBKL membuka permohonan Lesen Sementara Tahun Baru Cina 2024 bermula 15 November sehingga 30 November ini.
Menurut DBKL, permohonan tersebut terbuka kepada semua warga kota khususnya kaum Cina yang mempunyai status taraf warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
Teruskan Membaca“Bagi permohonan lesen tapak secara individu, permohonan hendaklah dibuat secara atas talian menerusi pautan https://elesen.dbkl.gov.my serta memuat naikkad pengenalan, imej hadapan, belakang dan berwarna selain pelan lokasi dan gambar tapak (pandangan hadapan, sisi kiri dan kanan).
“Manakala, bagi permohonan tapak lesen oleh penganjur atau persatuan pula, pemohon perlu mengisi borang permohonan yang boleh dimuat naik melalui pautan yang sama seperti permohonan individu dan kemukakan borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan ke kotak serahan Bazar Tahun Baru Cina, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja (JPPP) di Lobi Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur,” jelas DBKL pemohon hanya boleh memohon satu petak sahaja untuk tahun 2024.
Jelasnya lagi, bagi permohonan tapak di hadapan bangunan premis perniagaan, pemilik premis diminta untuk memohon Lesen PromosiLuar Bangunan.
DBKL berkata sebarang permohonan selepas 30 November tidak akan dipertimbangkan. – Wilayahku
Baca juga: