Stok bekalan beras di Malaysia kini adalah sebanyak 900,000 tan metrik dengan 250,000 tan metrik ialah simpanan stok kerajaan dan 650,000 tan metrik stok dagangan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu breakout, jumlah itu adalah mencukupi untuk menampung keperluan beras negara bagi tempoh empat hingga lima bulan.
Teruskan Membaca“Sehubungan itu, KPKM berpandangan bahawa masih belum terdapat keperluan mendesak yang bersifat kecemasan untuk menggunakan stokpail yang berjumlah 250,000 tan metrik.
“Stok dagangan sedia ada sebanyak 650,000 tan metrik adalah mencukupi bagi menampung keperluan domestik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika penggulungan perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat pada Isnin.
Dalam pada itu, beliau menegaskan KPKM berpuas hati dengan prestasi Padiberas Nasional Berhad (Bernas).
“Ini terbukti apabila bekalan beras negara tidak terputus ketika pandemik COVID-19 melanda dunia pada tahun 2020 dahulu.
“Sehubungan itu, KPKM meyakini bahawa dasar pengimport utama beras yang sedang dilaksanakan ketika ini adalah kaedah yang terbaik dalam menangani cabaran semasa dan mendatang.
“Dasar ini merupakan mekanisme utama untuk menghadapi cabaran ketidakstabilan harga beras global. Dasar ini merupakan “gatekeeping” yang berfungsi sebagai benteng bagi melindungi industri padi dan beras negara daripada ketidaktentuan pasaran antarabangsa,” ujarnya lagi.