Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua 22 sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) waris telah diambil untuk pengujian di Jabatan Kimia.
Katanya, terdapat kira-kira 200 cebisan daging selain beberapa anggota badan seperti kepala, paha, dan kaki yang memerlukan masa bagi pemadanan DNA para waris.
Teruskan Membaca“Jabatan Kimia memaklumkan (padanan DNA) paling awal adalah pada Isnin depan, termasuk bagi pengambilan jenazah.
“Ini berikutan terlampau banyak cebisan dan padanan DNA memerlukan masa. Kalau gagal akan buat lagi ujian. Jabatan Kimia sedang buat yang terbaik untuk mangsa-mangsa nahas ini,” katanya pada sidang akhbar di pekarangan luar unit forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau meminta agar para waris bertenang di tempat yang lebih selesa berbanding hanya menunggu di pekarangan unit forensik ini.