Enam lelaki warga Bangladesh nyaris maut apabila tong gas memasak di rumah sewa mereka di Jalan Bukit Jawa 2 di sini, meletup.
Letupan kira-kira pukul 11 pagi itu mengakibatkan runtuhan pada siling dan tingkap rumah teres dua tingkat tersebut, namun semua mangsa sempat menyelamatkan diri.
Teruskan MembacaPenolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 11.13 pagi tadi.
“Sepasukan lima anggota bomba termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja bersama sebuah jentera dikerah dalam operasi itu.
“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kebocoran gas yang mengakibatkan letupan di rumah teres berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambah beliau, letupan itu menyebabkan runtuhan pada bahagian siling dan tingkap, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.-KOSMO!ONLINE
Baca juga: