Terkini

Bekas Timbalan KM Sabah meninggal dunia

BEKAS Ahli Parlimen Kalabakan yang juga ahli politik veteran Sabah, Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh dilapor telah meninggal dunia malam tadi. 

Ghafur dilapor meninggal dunia malam tadi

Dipetik laporan Berita Harian, Abdul Ghapur yang juga bekas Ketua UMNO Kalabakan dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, meninggal jam 12.07 tengah malam, pada usia 80 tahun.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan mengesahkan berita itu ketika dihubungi.

Katanya, maklumat mengenai pemergian Abdul Ghapur diterima daripada anak lelaki arwah, Salleh, menerusi aplikasi Whatsapp. 

“Beliau baru saja meninggal dunia baru td. Mohon doa semoga arwah ayahanda sy ditempatkan bersama org2 yg beriman,” dipetik maklumat itu.

Nizam turut mengesahkan menerima maklumat mengenai pemergian Abdul Ghapur menerusi Whatsapp daripada bekas Ketua Wanita UMNO Kalabakan, Datuk Hamisah Samat, sejurus selepas itu.

‘Datuk hj Abdul Ghapur hj Salleh..menghembus nafas nya yg terakhir tepat jam 12.07 minit malam..Alfatiha’ kata Hamisah yang menyifatkan Abdul Ghapur sebegai seorang pemimpin yang banyak berjasa. 

 

Pelbagai

Scroll to Top