Polis hari ini menafikan dakwaan seorang pemilik akaun X yang mengatakan terdapat anggota polis di Sepang telah mengeluarkan kenyataan menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman sosial itu.
Ia susulan hantaran seorang pemilik akaun X yang memaparkan dakwaan tentang seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang telah melontarkan komen jelik terhadap Perdana Menteri.
Teruskan MembacaKetua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam kenyataan hari ini berkata semakan sistem I-prs melalui nombor telefon yang tular dan di cawangan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS), Bukit Aman mengesahkan individu berkenaan bukan warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Pihak polis IPD Sepang dengan tegas menafikan bahawa posting yang ditularkan dan dikaitkan dengan kes melontar komen jelik terhadap Perdana Menteri adalah dikeluarkan oleh anggota IPD Sepang adalah tidak benar,” katanya.
Baca juga: