SESI dialog Temu Anwar yang popular di kalangan anak-anak muda bakal diteruskan pada hujung minggu ini.
Anak muda boleh tanya sendiri soalan kepada PM |
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi catatan di Facebook mempelawa golongan belia hadir ke sesi tersebut yang bakal diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah pada Sabtu.
Teruskan MembacaMenurut hantaran itu, ruang bakal diberi untuk golongan itu bertanya soalan dalam sesi berkenaan yang akan berlangsung di Dewan Muadzam Shah, UUM pada pukul 12.30 tengah hari.
“Saya ingin menjemput anak-anak muda negeri Kedah untuk turut sama dalam sesi ini dan bertanya soalan kepada saya serta memberi pandangan atau teguran membina kepada kerajaan. Kita jumpa Sabtu ini!,” katanya.
Temu Anwar adalah program dialog anak muda bersiri bagi memberi ruang kepada setiap lapisan masyarakat terutama anak muda mengutarakan persoalan secara langsung kepada Perdana Menteri.
Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November lepas, Temu Anwar telah diadakan di beberapa negeri seperti Sabah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kelantan dan Negeri Sembilan.,
Pendaftaran bagi kehadiran boleh dibuat menerusi laman sesawang temuanwar.com.