ALICE Chang yang sebelum ini tular mencium doh roti di sebuah premis makanan dalam negara kini berjaya mendapat kerja baharu di sebuah kedai pakaian tradisional di Brickfields, Kuala Lumpur.
Namun, tidak sampai sehari lebih dia diterima bekerja di situ, Alice memilih untuk meletak jawatan selepas mendakwa dirinya sudah popular di media sosial dan pekerjaan tersebut tidak sesuai dengan dirinya.
Teruskan MembacaKhabar mengenai perletakan jawatan tersebut dikongsikan oleh Alice sendiri melalui akaun media sosialnya, untuk memberitahu orang ramai bahawa dirinya tidak lagi bekerja di premis tersebut.
“Saya telah memutuskan bahawa saya tidak akan dapat meneruskan kerja di kedai itu. Ibu saya mengingatkan saya bahawa gaji saya tidak memenuhi keperluan saya, memandangkan populariti saya yang semakin meningkat di media sosial.
“Saya percaya saya boleh membawa keterlihatan dan perhatian yang lebih besar ke kedai itu, tetapi saya perlu mengejar peluang yang lebih sejajar dengan matlamat kewangan saya,” katanya dalam pesanan ringkas kepada pengurus premis berkenaan.
Perkongsian yang turut tular di laman X tersebut turut mendapat perhatian warganet yang mempersoalkan kesihatan mental keluarganya, terutama sekali apabila Alice merupakan kakak kepada salah seorang lagi individu yang tular kerana mencetuskan masalah, Adeline Chang.
“Aku rasa satu keluarga ni macam kena petir kilat. Memang cukup unik dan berbeza dari semua lapisan masyarakat,” komen MrTgoodvibes.
“Okey aku silap, rupanya satu keluarga dia bermasalah,” kata Psikosong.
“Lah, satu family ke ‘tak betul’,” tambah Hapanana.
Namun, warganet sepatutnya tidak terus menularkan isu peribadi sebegini, demi menjaga privasi dan kesejahteraan individu serta keluarganya. — KL Viral
Baca juga: