SATU video tular di aplikasi TikTok berkenaan kos pembuatan telefon pintar, Iphone 14 di kilang hanya berjumlah USD10 (RM43.98).
Menerusi video tersebut, seorang jurucakap yang mewakili kilang pembuatan Iphone di China mendedahkan kos pembuatan telefon pintar tersebut menggunakan kos yang sangat rendah berbanding harga pasaran yang telah siap sepenuhnya untuk dijual kepada awam.
Teruskan Membaca“Adakah anda semua tahu berapa kos yang dikenakan untuk membuat produk yang cantik ini (Iphone 14) di China?
“Cuba teka? 100 dolar? 200 dolar? 300 dolar? Anda bersedia untuk mendengar jawapannya? Hanya 10 dolar,” katanya.
Menurutnya, dia tidak bergurau dan memaklumkan bahawa dia sudah melawat ke kilang tersebut sebanyak tiga kali serta bertemu dengan Pengerusi syarikat Foxconn yang membuat produk eksklusif tersebut.
Walaubagaimanapun, kos tersebut menjadi persoalan dalam kalangan warga maya kerana ianya tidak masuk akal sama sekali kerana produk tersebut mempunyai teknologi yang begitu tinggi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kurang senang tentang kos pembuatan yang dimaklumkan kerana banyak aspek yang perlu dilihat untuk membuat sesuatu produk yang begitu bagus.
“Jadi, Foxconn buat produk itu tanpa penilaian yang mendalam, tanpa sebarang pembangunan, penyelidikan, paten atau kos korporat Apple sama sekali,” balas djeppo.
“Kalau Iphone 14 gunakan kos 10 dolar, maknanya Samsung S24 Ultra mesti guna kos 1 dolar sahaja?” soal Alex Jokinen.
“Buruh+Bahan+Pembangunan perisian+Sokongan teknologi = 10 dolar. Tidak masuk akal,” tempelak jeremybryantdeleo0. — KL Viral
Baca juga: