BARU-BARU ini, tular nyanyian kumpulan M-Pop, The Gadys menyanyikan lagu berjudul Cintaku Sampai Ke Ethiopia secara siaran langsung di siaran TV2 yang dihujani dengan pelbagai kecaman netizen berikutan suara sekumpulan penyanyi terbabit yang dikatakan terlalu sumbang.
Kelihatan tiga ahli kumpulan The Gadys sedang seronok menyanyikan lagu berkenaan di hadapan penonton dan ia dapat dilihat dalam keratan video yang tular di platform TikTok.
Teruskan MembacaNyanyian kumpulan itu telah meraih perhatian netizen dan rata-rata mempertikaikan tindakan pihak televisyen menjemput The Gadys sebagai tetamu undangan untuk nyanyi secara langsung di atas pentas.
Kerana merasakan nyanyian kumpulan berkenaan terlalu sumbang, ramai yang menyeru penyanyi dangdut, Mas Idayu atau menggelarkan diri Mami untuk memberi komen ‘pedas’ agar dapat menyedarkan ketiga-tiga gadis itu.
“Panggil Mami sekaranggggg!!!!,” kata seorang pengguna di Tiktok @Khairul_Faisal32
“Ni kalau jumpa Mas Idayu faham2 je la,” kata seorang pengguna di Tiktok @mizzLiii.
“Kalau mas Idayu dengar boleh menjerit satu pentas kalau suara macam tu… di mana mereka dapat keyakinan diri menyanyi di pentas tu,” kata seorang pengguna di Tiktok @Mimot92.
Difahamkan, kumpulan The Gadys ini terdiri daripada tiga anggota iaitu Ayunie Rizal, Aznie Azmi dan Thamiera Chan. Mereka mula mendapat perhatian media susulan munculnya lagu “Gadys Raya” bersempena dengan Aidilfitri pada tahun 2022. — KL Viral
Baca juga: